Nuffnang Ads

Ahad, 1 April 2018

Petua Menghilangkan Sembelit Anak


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Hati ibu mana yang tidak sedih bila melihat anaknya berada dalam kesukaran dan kesakitan akibat sembelit. Sembelit terjadi apabila kandunga air dalam tubuh  adalah tidak mencukupi. Sembelit biasanya terjadi apabila anak  mulai memakan makanan pejal iaitu  dalam usia 6
bulan keatas.

Seorang ibu haruslah mengetahui tanda-tanda awal sembelit terhadap anak anda, diantaranya :-
Ø  Meragam, sakit perut
Ø  Perut  merasa keras
Ø  Sakit perut tetapi  susah untuk membuang air besar
Ø  Najis bercampur darah
Ø  Najis yang berketul-ketul dan keras


Tip utk mencegahnya
·        Banyakkan pengambilan air putih untuk anak anda
·        Banyakkan pengambilan buah-buahan sebagai snek anak anda.

Petua Sembelit
1.      Bakar beberapa biji pisang abu bersama kulitnya sekali sehingga kehitam-hitaman.
2.      Sejukkan hingga suam-suam kuku,  barulah dimakan.
3.      Amalkan setiap hari hingga bagi membantu pelawasan anak anda.

InsyaAllah, ianya dapat membantu masalah sembelit anak.

Gambar dari Mr.Google

0 comments: