Jumaat, 11 Mac 2016

Lumpuh Saraf Muka (Bell Palsy's)

Assalammualaikum.

Untuk ruangan kali ini, Ummi ingin berkongsi maklumat atau info mengenai penyakit Bell Palsy's (Bell Palsi).

Bell Palsy's merupakan salah satu penyakit yang berkaitan dengan sistem saraf. Punca penyakit Bell Palsy's adalah tidak diketahui serta ianya tidak mempunyai tanda-tanda awal atau simptom  yang tertentu kerana ianya menyerang pesakit secara tiba-tiba.

Mengikut kajian 2 daripada 10,000 orang adalah berisiko menghidapinya.

Bell Palsy's ialah penyakit lumpuh saraf muka berlaku secara tiba-tiba yang mana ianya menyebabkan ketidakmampuan untuk mengawal otot muka seperti:-

✨ perubahan pada muka (mengerenyot)
✨ menghadapi kesukaran untuk makan atau minum
✨ air liur yang sering meleleh berikutan kesukaran untuk mengawal otot muka.
✨ mulut atau mata yang lemah dan senget.
✨ kulit muka terasa tegang seperti ditarik kesebelah.
✨ kelumpuhan pada muka yang menyebabkan kesukaran untuk menutup mata.
✨ sakit kepala
✨ kehilangan deria rasa
✨ kepekaan terhadap bunyi terjejas atau terganggu
✨ sakit didepan atau dibelakang telinga.

Kebiasaanya penyakit Bell Palsy's ini adalah bersifat sementara dan rawatan perlu diberikan dari awal iaitu dalam tempoh 24jam bertujuan untuk mengawal gejala seperti bengkak muka dan tekanan pada saraf agar ianya tidak lebih memudaratkan lagi keadaan pesakit.

Ubat kortikosteriod atau antiviral mungkin boleh membantu mengurangkan bengkak dan mengurangkan tekanan pada muka.

Oleh itu perlu diingatkan agar pesakit tidak menangguhkan untuk mendapatkan rawatan supaya ianya dapat dikawal sedari awal.

Sekian dulu untuk perkongsian kali ini. Diharapkan ianya dapat membantu semua mengetahui akan penyakit Bell Palsy's  dan memahami akan derita yang dialami oleh mereka yang menghidapnya.

Info :
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Palsi_Bell

Klik sini untuk testimoni pesakit Bell Pasly :-
http://teratakqasehummi.blogspot.my/2016/01/testimoni-pesakit-bell-palsy.html

Klik disini untuk order secara terus dari Shaklee ....Saya ingin sihat bersama Vivix 

Tiada ulasan: