Nuffnang Ads

Jumaat, 20 Jun 2014

Susu Ibu Imunisasi Terbaik Bayi

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتهُ.
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّد ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

 Alhamdullilah
Untuk perkongsian ada kali ummi ini ingin berkongsi kebaikan atau kelebihan susu ibu untuk anak.

Seperti yang diketahui ramai susu ibu merupakan imunisasi terbaik buat anak anda.Oleh itu adalah digalakkan agar para ibu menyusui bayi sedari awal kelahiran dengan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga berumur 6 bulan dan meneruskan  menyusui anak anda  sehingga berumur 2 tahun.

Tahukah Anda?
Kebaikan  menyusui anak sedari bayi, bukan hanya diperolehi oleh sianak namun ianya memdatangkan kebaikan kepada siibu secara tidak langsung.
Sebelum Ummi berkongsi kelebihan bagi ibu yang meyusui, mari kita lihat kebaikan yang diperolehi oleh simanja anda.

Kelebihan Untuk bayi:
Ø  Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
Ø  Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
Ø  Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
Ø  Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
Ø  Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
Ø  Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
Ø  Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
Ø  Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
Ø  Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
Ø  Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Kelebihan Bagi Ibu
Ø  membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
Ø  membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
Ø  mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
Ø  menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Kekerapan seseorang ibu menyusui bayi, amatlah penting  kerana ianya dapat mempengaruhi pengeluaran susu ibu itu sendiri. Menyusui bayi adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap seseorang ibu menyusui anak, maka lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Tak sangka, terdapat begitu banyak kebaikan untuk ibu dan anak semasa proses ini berlangsung. Namun yang pasti ikatan kasih pasti akan terjalin erat antara keduanya.
Alhammdullilah, setakat ini dulu perkongsian dari Ummi, semoga kita bertemu lagi dilain coretan.

Bagi mendapatkan susu ibu yang mencukupi untuk keperluan bayi anda, ayuh dapatkan supplement Shaklee terbaik buat anda dan bayi.

Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/pemakanan/penyusuan-susu-ibu/kebaikan-susu-ibu


Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/pemakanan/penyusuan-susu-ibu/kebaikan-susu-ibu





0 comments: